Sunday, July 5, 2009

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah ditubuhkan pada tahun 1908 di Seberang Alor, Seberang Kota, Kuala Kedah. Salah seorang pengasas sekolah ini ialah Wan Chik Bin Hussain (1908-1922) dan beliau juga merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratap genting. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai empat buah bilik darjah, empat orang guru dan empat puluh orang murid.

Pada tahun 1924, sekolah ini mengalami kerosakan. Ia telah dipindahkan ke bangunan di dalam Kota Kuala Kedah yang sebelumnya digunakan sebagai masjid.

Pada tahun 1981, sekolah ini sekali lagi dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak yang digunakan sekarang. Bangunan baru tiga tingkat ini mula digunakan pada 20 Mei 1981.

No comments: