Tuesday, October 21, 2008

Renungan 3

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Sunday, October 19, 2008

7 Asas Memupuk Fikiran Positif

Bagaimana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang dimulakan bila anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan…

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka.

Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda.

Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.

Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.

Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas.

Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.

Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

2 Situasi Yang Mencabar Fikiran Positif

Bagi Anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif!

Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan dia jatuh ke fikiran negatif, terutama ketika marah, stress, sakit hati atau cemburu.

Marah adalah sikap dalam diri yang menjadi pencabar utama pada fikiran positif. Sesetengah orang tak boleh tahan sabar, tak leh nak tahan marah, mesti meletup punya. Marah akan menyebabkan kita hilang pertimbangan logik, selain mendorong tabit suka menghambur rasa tak puas hati tanpa bertapis.

Apa nak buat bila Anda marah? Cemana nak berfikiran positif ketika sedang marah? Boleh buat ke?

Marah sifatnya api. Jadi untuk memadamkan api, kita kena cari air supaya api tu padam lalu menghilang. Air ni sifatnya sejuk, tenang, damai. Bagi kita manusia, kesejukan, ketenangan dan kedamaian ada dalam sikap pemaaf dan saat Anda meminta maaf juga ketika sedang berada di tempat tenang.

Setiap kali Anda marah, kawal diri Anda, kenal pasti bila Anda nak marah cemana. Saat mula marah, tahan marah tu sebab ia akan menjadikan Anda hilang kawalan.

Paling teruk, Anda akan hilang kawan, hilang saudara mara, hilang kasih sayang keluarga tanpa Anda sedari. Sebelum menyesal sendiri, lebih baik Anda fikir dulu sebelum naik marah atau naik angin tiba-tiba.

Bila sedar yang Anda marah, minta ampun banyak-banyak daripada Tuhan. Bagi yang Islam, ucap istighfar banyak-banyak daripada Allah swt. Rasa meminta maaf dari lafaz istighfar tu akan meresap jauh ke dalam sanubari lalu menerbitkan keinsafan, yang sifat sejuknya boleh memadam api kemarahan.

Minta maaf juga dari rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang, mana tahu, ada yang terasa. Paling penting, Anda kena maafkan diri sendiri, kena terima kesilapan diri sendiri kerana tak mengawal sikap marah.

Tanamkan tekad yang Anda akan mengawal rasa marah lain kali.

Tanam tekad supaya Anda sentiasa jaga emosi Anda!

Stress, biasanya muncul dari kesibukan kerja, sebab kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang atau ketika dimarah atau diherdik dengan suara tinggi tiba-tiba. Seperti marah, stress juga sifatnya api kerana ia bagai membakar marak di dalam kepala sehingga kita jadi tertekan.

Cemana nak berfikiran positif bila Anda dah mula stress?

Lain orang lain caranya. Tapi, cara yang biasanya berkesan adalah dengan mencari tempat yang tenang, sunyi, damai dan sejuk. Lawan stress kena cari suasana yang bersifat sejuk. Sama seperti kita simbah api dengan air, last-last api tu padam.

Sesetengah orang suka berenang untuk kurangkan stress. Ada yang suka bergelak ketawa walau di hatinya penuh dengan stress yang susah nak diterangakan kepayahannya. Ada juga di antara kita suka meluah dengan rakan kerana berbuat begitu buat dia rasa lebih ‘ringan’.

Ada orang suka jalan-jalan untuk ringankan beban stress. Walau apapun cara yang Anda lakukan untuk mengurangkan beban stress, biar yang berkesan, sesuai dengan diri Anda. Buat dulu satu cara, jika masih kurang berkesan, ubah. Buat cara lain sampai terasa sesuai untuk melawan stress.

Jika berenang tak berkesan, cuba gelak ketawa. Ketawa dan terus ketawa, pastikan diri Anda sentiasa ketawa.

Jika ketawa masih tak berkesan untuk ilangkan stress, buat cara lain. Pergi berjalan-jalan, atau cari kawan untuk meluah stress Anda. Selepas meluah, Anda akan mula nampak aspek-aspek positif dalam semua yang Anda lalui, sebab fikiran tak lagi dikuasai emosi.

Itulah dua situasi utama yang selalu mencabar fikiran positif. Dua situasi ni juga yang menyebabkan ramai orang gagal melatih minda mereka menjadi positif, hanya kerana selalu marah-marah dan asyik tertekan.

Situasi-situasi lain akan ikut selepas rasa marah dan rasa tertekan. Jika Anda bertemu dengan dua situasi tersebut, ikuti langkah yang dicadangkan, sebab ia berkesan membantu Anda kembali semula kepada sikap positif, tabiat positif dan fikiran positif.

Nak sentiasa berfikiran positif, kena sentiasa bersemangat. Jika tak bersemangat, latih diri supaya sentiasa bersemangat.

Nak ada semangat, kena tekad.

Nak tekad, perlukan keazaman yang kuat!

Saturday, October 18, 2008

10 Wasiat Imam Hassan Al-Bana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan... ! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal... " (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya. wassalam

Renungan 2

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah-Wahab B Munabin"

Friday, October 17, 2008

Renungan 1

Setiap gunung dan puncak yang telah didaki, Setiap lurah dan lorong yang dijejaki, Setiap hutan dan paya yang diterokai dan setiap lautan yang telah dijelajahi. Semuanya hanya bermula dengan satu langkah.