SEJARAH SEKOLAH


 
Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah ditubuhkan pada tahun 1908 di Seberang Alor, Seberang Kota, Kuala Kedah. Salah seorang pengasas sekolah ini ialah Wan Chik Bin Hussain (1908-1922) dan beliau juga merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratap genting. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai empat buah bilik darjah, empat orang guru dan empat puluh orang murid.

Pada tahun 1924, sekolah ini mengalami kerosakan. Ia telah dipindahkan ke bangunan di dalam Kota Kuala Kedah yang sebelumnya digunakan sebagai masjid. Disebabkan kepadatan murid-murid yang belajar di situ dan bilangan murid perempuan yang mula dihantar belajar di situ semakin bertambah, maka sebuah lagi bangunan sekolah tambahan dan rumah guru telah dibina dalam kota tersebut. Bangunan-bangunan sekolah yang terdapat di dalam kota tersebut kekal hingga tahun 1981.

Pada tahun 1981, sekolah ini sekali lagi dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak yang digunakan sekarang. Bangunan baru tiga tingkat ini mula digunakan pada 20 Mei 1981.

Pada tahun 2002, sebuah bangunan baru 4 tingkat telah siap dibina bagi menampung pertambahan murid di sekitar Seberang Kota dan kampung-kampung yang berhampiran.





No comments: