Thursday, July 23, 2009

PELANCARAN BULAN KECERGASAN

PELANCARAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

TELAH DIADAKAN PADA 08.07.2009 (RABU)

AKTIVITI :

1. MEMBACA PERUTUSAN

2. TARIAN POCO-POCO

Sunday, July 19, 2009

MAJLIS SUAPISAH


MAJLIS SUAPISAH


Majlis ini telah diadakan pada 14 Jun 2009

bagi meraikan pertukaran antara Ustazah Maisarah

yang bertukar ke SK Seremban Jaya dengan Ustazah Nur Hazami

yang bertukar ke SK Kuala Kedah.


Selamat bertugas di tempat baru......


Tuesday, July 7, 2009

HARI TERBUKA PSS

Jualan Buku

Penyampaian Hadiah

Karaoke

Pertandingan Bercerita

Pertandingan Mewarna

Hari Terbuka PSS SK Kuala Kedah telah diadakan pada 27 Jun 2009 (Sabtu).

Aktiviti yang dijalankan :

1. Pertandingan Bercerita
2. Pertangan Mewarna
3. Karaoke
4. Jualan Buku

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Terbuka PSS

Monday, July 6, 2009

RENUNGAN 4

RENUNGAN

“ORANG YANG BERAKAL IALAH ORANG YANG SUKA MENERIMA NASIHAT DAN MEMINTA NASIHAT”
- Umar Al-Khatab

"Amatlah rugi orang yang jahil itu,
kecuali mereka yang berilmu.
Amatlah rugi mereka yang berilmu itu,
kecuali mereka yang beramal dengan ilmu.
Amatlah rugi orang yang beramal itu,
kecuali mereka yang ikhlas dalam amalannya."

-Al-Ghazali.


DEMI KEJAYAAN !

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara

MUDAMU SEBELUM TUA
SIHATMU SEBELUM SAKIT
KAYAMU SEBELUM FAKIR
LAPANGMU SEBELUM SIBUK
HIDUPMU SEBELUM MATI
Al-Hadis


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan"

Sunday, July 5, 2009

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Kebangsaan Kuala Kedah ditubuhkan pada tahun 1908 di Seberang Alor, Seberang Kota, Kuala Kedah. Salah seorang pengasas sekolah ini ialah Wan Chik Bin Hussain (1908-1922) dan beliau juga merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratap genting. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai empat buah bilik darjah, empat orang guru dan empat puluh orang murid.

Pada tahun 1924, sekolah ini mengalami kerosakan. Ia telah dipindahkan ke bangunan di dalam Kota Kuala Kedah yang sebelumnya digunakan sebagai masjid.

Pada tahun 1981, sekolah ini sekali lagi dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak yang digunakan sekarang. Bangunan baru tiga tingkat ini mula digunakan pada 20 Mei 1981.